Wednesday, 12 August 2015




Resepi Makanan Kegemaran Saya 


Nasi Lemak

BAHAN-BAHANNYA :-)

4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
6 cawan santan segar (kalau anda niat nak kukus nasi lemak tadi, guna 5 cawan saja)
1 batang serai, diketuk
1 helai daun pandan
1 inci halia, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, belah 4
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN PELENGKAP :-)

Sambal tumis (bolah guna sambal tumis ikan bilis, sotong, udang atau kerang)
Telur rebus, dibelah 2 setiap 1 (boleh juga guna telur dadar atau telur mata kerbau)
Kacang tanah goreng
Ikan bilis goreng
Timun, dihiris
Ayam goreng berempah (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras, kemudian masukkan ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker). Masukkan serai, bawang putih, halia, daun pandan dan santan. Tambah garam (3/4 camca teh dah cukup, sebab kita hanya nak kan rasa lemak2 saja bukan masin). Kacau rata dan masak seperti biasa. Bila nasi lemak cukup tanak, gemburkan dengan chopstick dan off kan rice cooker untuk mengelakkan nasi berkerak.
  2. Kalau anda nak kukus, lepas nasi lemak masak (bila suis rice cooker beralih dari cook kepada warm), alih nasi lemak ke dalam kukus yang telah dipanaskan dan dialas dengan daun pisang. Kukus, 20 - 25 minit hingga nasi betul2 masak.
  3. Hidangkan nasi lemak tadi dengan sambal tumis, telur rebus, hirisan timun, kacang tanah goreng, ikan bilis goreng dan ayam goreng berempah, jika suka. Sesuai untuk sarapan pagi atau bila2 masa sahaja.... Selamat mencuba!! :)

No comments:

Post a Comment